Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Alsumaria News melaporkan operasi bersepadu tentera darat, Unit Pencegah Terrorisme, tentera udara dan brigade 36 telah berjaya membebaskan 3 kawasan di Selatan Falujah dari cengkaman pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIL).
Menurut sumber yang tidak ingin namanya disiarkan berkata, "Pasukan keselamatan berjaya membunuh 100 anggota pengganas ISIL dan menghancurkan 7 kenderaan pengangkut selain memusnahkan bom KIA dan periuk api yang disembunyikan dalam rumah".
Sumber operasi Anbar turut mendedahkan penguasaan tentera Iraq ke atas Falujah Barat setelah anggota pengganas berjaya diusir dari kawasan terbabit sejak operasi ketenteraan besar-besaran bermula pada hari Jumaat.
Anggota keselamatan dan jawatankuasa pertahanan di parlimen Iraq, Abbas al-Bayati berkata, operasi pembasmian pengganas ISIL tersebut sudah hampir ke penghujungnya.