13 Mei 2014 - 03:07
Perang terhadap Bashar al-Assad membuang masa

Menteri Luar Amerika, John Kerry dalam mesyuarat sulit bersama pengganas Syria di Washington menyatakan kekurangan kerjasama telah menyebabkan gagalnya perang menjatuhkan Bashar al-Assad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Agensi Berita Fars memetik laporan Daily Beast yang mendakwa Menteri Luar Amerika Syarikat, John Kerry berkata dalam sebuah mesyuarat sulit bersama para pemimpin pembangkang Syria di Washington, "Saya rasa punca kita berundur dari berperang dengan Bashar al-Assad disebabkan kekurangan kerjasama dalam pengiriman bantuan militan dan senjata".

Kerry juga berkata dalam mesyuarat tersebut, "Berbagai negara yang berusaha mengalahkan Bashar al-Assad dengann menyokong Free Syrian Army (FSA), secara faktanya telah gagal mencapai matlamat. Faktor kegagalan ialah tiada kerjasama di antara negara-negara secara signifikan dalam menghadapi al-Assad".

Menteri Luar Amerika berkata demikian kepada tiga individu yang meminta tidak didedahkan identiti mereka.

Pertemuan ini telah diadakan di Ibupejabat Rahsia Amerika Syarikat di Washington dengan kehadiran beberapa pegawai asing, sekurang-kurangnya seorang anggota Majlis Keselamatan Nasional dan beberapa wakil pembangkang Syria.

Menurut ketiga-tiga individu itu, Kerry membuat kenyataan tersebut dalam percubaan terbaru menyelaraskan bantuan yang akan dikirim ke Syria.

Pengarah Agensi Perisikan Arab sebelum ini dilaporkan melawat Washington pada awal tahun untuk bertemu dengan para pegawai Amerika dalam rangka mengirim bantuan kepada elemen pengganas di Syria.