24 Mei 2014 - 05:50
Askar Syria tawan terowong Harasta

Askar Syria berjaya menawan terowong di Barat Daraa dalam sebuah operasi ketenteraan. Selain itu operasi pembasmian pengganas sedang rancak dijalan di Timur Gouta dan Jobar, Timur Damsyik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Operasi ketenteraan yang menyasarkan unit pengganas telah diperhebatkan di Utara Daraa, ibukota Selatan Nawa, berhampiran bukit Golan di mana beberapa bangunan di kawasan terbabit berjaya diamankan setelah anggota militan yang bersarang di dalamnya berjaya dibunuh.

Pakar tentera, Hasan al-Hasan berkata kepada pemberita al-Alam, "Ini merupakan kejutan kepada mereka kerana askar bergerak di tempat dan dalam masa yang tidak dapat diduga oleh mereka. Selain itu sarang utama pengganas yang digunakan sebagai gudang senjata berjaya digempur. Daerah pertempuran juga berjaya dikecilkan".

Berasaskan laporan ini, askar Syria berjaya menawan terowong sepanjang 10 meter di Harasta Tengah yang sebelum ini telah digunakan pengganas untuk mengirim bantuan, bersembunyi dan memantau kawasan.

Anggota Parlimen Syria, Faisal Azuz berkata, kemungkinan pengganas telah memaksa orang awam, wanita dan kanak-kanak untuk menggali terowong tersebut.

Dalam masa yang sama askar kerajaan berjaya memasuki wilayah Jobar setelah menang dalam pertempuran di Ghota Timur dan seluruh unit pengganas telah dihapuskan.