4 Jun 2014 - 06:18
Imam Khomeini amat prihatin terhadap Islam dan program keagamaan

Marja' Taqlid Syiah Ayatullah Makarim Syirazi menerangkan bahawa Imam Khomeini sanggup berkorban apa sahaja demi Islam dan program-programnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Makarim Syirazi dalam kuliah Bahthul Kharij di Masjid A'zham, Qom berkata, "Sekiranya kita melihat dengan keinsafan, pasti kita sedar bahawa revolusi Islam tidak ada tandingan dan bandingannya".

"Pada tanggal 12 Bahman, fasa revolusi yang serius bermula dan ianya selesai dalam masa 10 hari; hendaklah diperhatikan pada hari-hari tersebut, selain sifat-sifat terpuji Imam Khomeini, seharusnya faktor-faktor kemenangan yang tiada tandingan ini juga diambil perhatian dan diamati," jelas beliau.

Menyentuh tentang sebab musabab kemenangan ravolusi Islam Iran, beliau mengingatkan, "Faktor-faktor utama kemenangan revolusi Islam ialah perpaduan pemimpin, dalam revolusi ini semua orang berhimpun di bawah naungan sebuah panji-panji, sedangkan revolusi-revolusi yang terjadi di negara-negara Islam terjebak dalam berbagai masalah akibat tidak mempunyai perpaduan pemimpin".

Jelas beliau lagi, "Kedua, faktor yang jelas ialah Imam, beliau sorang yang handal dalam mesyuarat, sementara ahli-ahlinya terdiri daripada orang yang kuat seperti Syahid Mutahhari, Syahid Beheshti dan orang yang seperti mereka. Namun sebarang keputusan yang dibuat adalah muktamad, apabila mereka berkata Shah Iran harus pergi, dia perlu pergi walaupun andainya Shah dikatakan ingin menyerahkan kuasanya kepada anda dan bersara. Imam Khomeini ketika memutuskan Republik Islam, tidak ada pertikaian yang diajukan, faktor ketiga ialah beliau menggunakan kekuatan agama, bukan kekuatan material".

Tambah marja' taqlid ini lagi, Imam Khomeini amat perihatin dengan Islam, anjurannya, cabang dan ushuluddin.

"Ketika seorang individu dungu menghina al-Qur'an dan menulis ayat-ayat syaitan, beliau bertindak mengeluarkan hukum yang terkenal itu dan tidak merasa gentar dengan apapun," kata beliau yang merujuk kepada fatwa hukuman mati Imam Khomeini terhadap Salman Rushdi suatu ketika dahulu.

Beliau yang juga ulama tafsir terkenal berkata, "Hari ini juga kita perlu berhimpun di bawah naungan satu panji-panji, kita perlu kuat dan kukuh dalam menghadapi musuh, jangan biarkan prinsip agama lemah di kalangan masyarakat".

Ayatullah Makarim turut menerangkan bahawa Revolusi Islam Iran terkenal sebagai mempunyai keagungan dan kedudukannya yang tersendiri. Kata beliau lagi, "Hari ini, masalah yang paling penting rantau ini ialah banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan tanpa peranan yang dimainkan oleh Republik Islam Iran, dan Republik Islam Iran menjadi fokus utama para pemimpin Amerika dan negara-negara lain".

Terang beliau lagi, "Dalam menghadapi Barat dan Timur, kebangkitan bukanlah hal yang remeh, ianya bertentangan dengan perhitungan dunia, oleh kerana itu prinsip gerakan dan kebangkitan Imam Khomeini hendaklah dijaga dan diperkukuhkan.

"Bertepatan dengan hari ulangtahun kelahiran Imam Khomeini, rakyat dari seluruh pelusuk tanahair sedang bergerak menuju ke makam beliau, televisyen anti revolusi menyiarkan penghinaan. Namun ia tidak dapat mencapai matlamat dan ia juga sedang menskandalkan diri mereka.

Saya memohon agar Allah mencucuri rahmat yang luas ke atas roh Imam, syuhada revolusi dan syuhada perang. Semoga Allah memberikan taufik kepada mereka yang berada di jalan Allah ini," tutur beliau.