13 Jun 2014 - 05:51
ISIS rampas kawasan sempadan Iraq dan Syria

Pengganas ISIS berjaya tawan sempadan Iraq dan Syria menurut perjanjian rahsia Sykes dan Picot antara Inggeris dan Perancis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kira-kira 300 anggota pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS) berjaya menawan sempadan Syria dan Iraq setelah menawan kota Mosul tanpa sebarang tentangan dari askar kerajaan.

Menurut gambar-gambar yang disebarkan laman web yang berkaitan dengan pengganas ISIS, anggota pengganas kelihatan bergembira dan merayakan kejayaan tersebut.

Berasaskan perjanjian rahsia Sykes dan Picot antara Inggeris dan Perancis pada bulan April 1961, sempadan ini Iraq dan Syria ini telah dilakar berikutan kejatuhan empayar Uthmaniyah.

Menurut maklumat yang didedahkan sumber keselamatan, jumlah anggota ISIS di Mosul telah mencapai seramai 6 ribu orang dan mereka berusaha membentuk sebuah kerajaan yang mirip dengan ajaran Sunni yang didukung oleh negara Turki dan negara teluk.

...............