Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Ayatullah Sayid Ali al-Sistani mengenai kewajipan mengangkat senjata untuk memerangi pengganas, Sayid Ammar al-Hakim yang merupakan Pemimpin Tertinggi Majlis Tertinggi Islam Iraq tampil di hadapan masyarakat dengan berpakaian seragam tentera sebagai menyahut seruan jihad tersebut.
Al-Hakim dalam ucapannya di hadapan sukarelawan berkata, "Kita bukan lagi terdiri dari dua puak, dan kita selama-lamanya tidak akan menjadi demikian, kita akan mempertahankan tanahair termasuk seluruh etnik dan kaumnya, sebagai menyahut seruan marja' agama".
Selain beliau, ribuan pemuda dari seluruh pelusuk Iraq juga turut menyahut panggilan jihad Kifa'i yang dikeluarkan berikutan jenayah yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Negara Islam dan Sham (ISIS) dalam beberapa kawasan Iraq. Mereka juga terut menyatakan kesediaan untuk menjadi sukarelawan dan bergabung bersama-sama askar kerajaan.
Wakil Ayatullah al-Sistani, Sheikh Abdul Majid al-Karbala'i dalam khutbah Jumaat beliau di Karbala semalam mengistiharkan jihad kifa'i (jihad yang wajib ke atas sebahagian penduduk) bagi mereka yang mampu mengangkat senjata untuk menghadapi pengganas sebagai satu kewajipan untuk mempertahankan negara.
Karbala'i menambah, "Marja' agama menyokong usaha angkatan tentera Iraq dalam menangani kumpulan pengganas dan menggesa mereka untuk menunjukkan keberanian dan kesabaran kerana mempertahankan Iraq adalah kewajipan negara dan semua orang hendaklah keluar demi mempertahankan Iraq".
Untuk itu Syeikh Karbala'i berkata, "Apa yang perlu dilakukan ialah ibu dan bapa menggesa anaknya, isteri menggesa suaminya untuk tabah dan cekal dalam mempertahankan kehormatan negara ini... Para pemimpin politik perlu meninggalkan perselisihan dan persaingan kerana mereka berhadapan dengan tanggung jawab bersejarah dan partionisme... Dalam mempertahankan negara, keluarga dan penghormatan ada pengorbanan, ia akan menjadi seorang yang syahid Insyallah Ta'ala".
Fatwa jihad yang dikeluarkan oleh ulama Syiah dan Sunni para marja' agama telah menyebabkan para pemuda Iraq berpusu-pusu mendaftarkan nama di pusat rekrut sukarelawan.

Seruan jihad ini juga telah dikeluarkan oleh marja agama Sheikh Bashir al-Najafi, Sheikh Ishaq al-Fayyad dan Mahmus al-Hashimi. Ulama Sunni seperti Sheikh Ahmed al-Qubaisi dan beberapa orang yang lain juga tidak ketinggalan mengistiharkan jihad memerangi pengganas Takfiri (Wahabi).
Selain itu terdapat gambar yang beredar dalam laman sosial menunjukkan Ayatullah Sayid Murtadha al-Qazwini memakai seragam tentera dan membawa senjata sebagai reaksi kepada seruan marja' agama untuk berjihad.



