Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penolong Ketua Turus Am Tentera, Brigadier General Massoud Jaza'iri berkata Amerika cuba menebus kekalahannya di Syria dengan melakar peperangan baru di Iraq.
Tambah beliau lagi, terdapat dokumen yang membuktikan penglibatan Amerika Syarikat dan beberapa identiti penjajah yang lain seperti Britain dan negara-negara Arab yang menaja pertempuran yang sedang berlangsung sekarang.
Beliau menyatakan keyakinan bahawa bahawa kerajaan Iraq sekarang mampu menangani krisis ini terutama dalam menjaga maruah negara. Selain itu beberapa penglibatan beberapa negara yang terlibat dalam perang ini akan didedahkan ketika sudah tiba waktunya.
Beliau membuat kesimpulan, "Api yang dinyalakan oleh pengganas Amerika, Eropah dan sekutunya di rantau ini akan merebak kembali ke rantau mereka dalam jangka waktu terdekat".
17 Jun 2014 - 04:31
News ID: 616674
Api perang yang dinyalakan penaja pengganas akan merebak ke tempat mereka dalam jangka waktu terdekat ini.