Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang wanita Kristian Katolik menyatakan keislamannya dan kebenaran mazhab Syiah di pejabat Hujjataul Islam Wal Muslimin Muhammad Ali Dastjerdi, Iran.
Sambil mengucapkan kalimah syahadah, Emilia Chaika, 41 tahun mengistihar keluar dari agama Kristian dan memilih Fathimah sebagai nama Islamnya.
Ibu Fathimah Emilia berasal dari Hamedan manakala bapanya berasal dari Jerman yang sudah masuk Islam lebih awal daripadanya. Ibu kepada seorang anak berusia 8 tahun ini berkata, "Betapa saya rasa terpilih, sehinggakan tercari-cari tuhan dalam agama Kristian namun tidak menemuinya. Kerana perasaan ingin mencari tuhan inilah menyebabkan saya cenderung kepada agama Islam".
18 Jun 2014 - 17:07
News ID: 617133
Perasaan ingin mencari tuhan mencorong Fathimah Emilia Chaika memeluk Islam.