18 Julai 2014 - 10:29
Al-Qur'an hangus dibakar Wahabi dibawa ke parlimen Turki

Seorang anggota parlimen Turki menunjukkan al-Qur'an separuh hangus yang dibakar militan Wahabi sambil mengkritik kelemahan kerajaannya dalam menangani isu militan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil menayangkan al-Qur'an separuh terbakar salah seorang ahli parlimen Turki menuduh kerajaannya lemah kerana membiarkan pengganas Wahabi bermaharajalela.

Ali Özgündüz yang merupakan ahli parlimen turut memberi amaran kesan negatif akibat kerjasama Turki dengan kumpulan-kumpulan pengganas dan mendesak pihak kerajaan segera mengkaji tindakan tersebut.

Kata beliau, "Dua kumpulan pengganas sedang mengirim para pemuda ke Syria, padahal kerajaan Turki mengetahuinya."

"ISIL membawa bencana kepada Islam dan ianya tidak ada kaitan dengan agama Islam dan kemanusiaan sedikitpun. Kumpulan pengganas memang diketahui ada hubungan dengan negara kita. Menyedari hakikat ini, parlimen Turki perlu melakukan kajian," tambah beliau.

Sambil menceritakan keganasan golongan Salafi yang membakar masjid Syiah baru-baru ini, beliau berkata, "Mereka ini telah menyerang masjid Syiah di Esenyurt bulan lalu. Ketika itu masalah ini tidak terlalu rumit dan kesensitivitian tidaklah dibangkitkan. Namun sekarang sebuah masjid yang mengambil nama sempena Nabi Muhammad (s.a.w) telah diserang, sehinggakan al-Qur'an di dalamnya hangus terbakar."

"Semoga Allah melaknat mereka yang melawan al-Qur'an. Apa lagi yang kamu cari? Takutlah kepada Allah. Sekiranya kita masih berdiam diri, masalah apa lagi kita ingin utarakan?" tegas beliau.

Walau bagaimanapun perkara yang diutarakan oleh Ali Özgündüz tidak mendapat sokongan suara majoriti parlimen yang dikuasai parti Keadilan dan Pembangunan Turki.