19 Julai 2014 - 13:18
Pengganas ISIL bom pejabat Ayatullah Tabrizi

Pengganas bertindak mengebom masjid, pejabat dan beberapa premis setelah menyamun harta berharga di dalammya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas beraliran Wahabi ISIL (Negara Islam Iraq dan Jajahannya) bertindak mengebom pejabat marja' taqlid Syiah, Ayatullah Jawad Tabrizi di perkampungan al-Bashir, Iraq.

Dalam serangan tersebut, pengganas turut mengebom masjid, makam, yayasan agama, pejabat parti politik dan pusat ketenteraan di perkampungan tersebut.

Salah satu laporan berita dari Iraq menyebut kumpulan pengganas ini sempat menyamun harta beharga yang ada di premis terbabit sebelum mengebomnya.

Kampung al-Bashir terletak kira-kira 35 kilometer dari Selatan Kirkuk dan pengganas ISIL menguasai kawasan terbabit setelah bertempur dengan penduduk kampung sejak 16 Julai.

Al-Bashir dihuni suku Turkeman yang bermazhab Syiah.