Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Makarem Shirazi mengeluarkan kenyataan yang meminta ahli politik Iraq menyelesai masalah di kalangan mereka dengan mengutamakan pandangan marja' taqlid.
Teks kenyataan Ayatullah Makarem Syirazi adalah seperti berikut:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Oleh kerana negara kita berjiran dengan Iraq dan terdapat jalinan hubungan rapat kebudayaan serta keagamaan bangsa kita dengan rakyat negara ini maka kita menyatakan kebimbangan tentang perpecahan. Begitu juga ketika pihak musuh memecah belahkan sebahagian dari negara-negara yang dijajahnya tanpa belas kasihan dan sebarang asas.
Tidak syak lagi demi untuk mencegah perpecahan dan mengusir keluar musuh yang ganas, jalan yang ada hanyalah perpaduan manakala semua parti politik perlu memberikan fokus kepada tanggung jawab daripada Allah (s.a.w) dalam menghadapi situasi terkini yang amat sensitif.
Oleh itu, demi keredaaan Tuhan dan menuruti ajaran Islam serta atas semangat cintakan tanahair mereka, maka kami meminta semua parti politik duduk bersama, mengutamakan keistimewaan akal serta saling berganding tangan. Selamatkanlah negara dari mara bahaya dan perpecahan, bangunkanlah Iraq dengan kemakmuran.
Saya membayangkan bahawa pandangan marja' taqlid Iraq Ayatullah al-Uzma Sistani perlu diutamakan dan selesaikan masalah yang ada dengan bantuan beliau sebelum terlambat.
Saya mohon daripada Allah (s.w.t) agar dikurniakan kebijaksanaan kepada saudara-saudara bagi menunaikan tanggungjawab dan saya harap kami segera mendapat berita gembira tentang perpaduan nasional.
Salam sejahtera ke atas orang yang mengikuti hidayah.
9 Murdad 1393, bersamaan 1 Ogos 2014.