2 Ogos 2014 - 08:01
Amerika dan Barat ingin jajah Nigeria

Amerika dan Barat ingin jajah Nigeria atas alasan memerangi terrorisme.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Sheikh Ali Mustafa berkata, "30 tahun Syiah di Afrika mengadakan perarakan hari al-Quds dengan tenang, namun tahun ini tentera Nigeria bersembunyi di sebalik kebun tebu dan menyerang penduduk secara pengecut dan ganas."

Beliau berkata demikian dalam sebuah pertemuan yang dianjurkan Persatuan Pelajar Nigeria, di Husainiyah Sharafuddin, Shahrak Mahdiyah, Qom yang dihadiri para pelajar Jamiatul Mustafa.

Tambah beliau lagi, "Dalam serangan ini lebih dari 30 orang terbunuh manakala lebih 60 yang lain cedera. Tiga orang anak Hujjatul Islam Wal Muslimin Ibrahim Zakzaki turut terkorban manakala anak beliau yang lain mengalami kecederaan."

Sementara itu Hujjatul Islam Wal Muslimin Fallah Zarumi yang merupakan wakil Jamiatul Mustafa di Nigeria mengutuk insiden berdarah tersebut dan berkata, "Kerajaan dan tentera Nigeria merupakan dalang di sebalik kejadian ini dan permohonan maaf daripada mereka tidak dapat diterima."

"Nigeria seperti negara-negara Afrika lain yang mempunyai ramai rakyat. Menurut statistik tidak rasmi, penduduknya seramai 180 juta. Dari bilangan ini 120 juta adalah umat Islam manakala populasi Syiah membentuk antara 10 sehingga 15 juta penduduk. Kerana wujudnya bilangan Syiah yang ramai ini maka pihak musuh dan syaitan besar merasakan bahaya," tegas beliau.

Fallah Zarumi menerangkan terhadap beberapa faktor lain yang menyebabkan negara kuasa besar dunia tertarik dengan Nigeria. Kata beliau, "Nigeria memiliki sumber asli yang banyak, seperti uranium. Negara ini mempunyai penduduk Islam yang amat ramai. Sebagai contoh kota Kanu di Nigeria sudah seperti kota Qom."

Mengenai pengikut mazhab Syiah, beliau mengulas,"Syiah di Nigeria merupakan orang beriman dan konsisten. Kebanyakan mereka patuh pada tutur bicara Sheikh Zakzaki."

Tambah beliau lagi, "Walaupun Hujjatul Islam Zakzaki kehilangan tiga orang anaknya, beliau masih meminta semua orang bertenang dengan mengawal dan mengamati krisis."

Beliau turut mengulas perkembangan Syiah di Nigeria dan berkata, "Tiga tahun lalu, sejumlah besar pengikut mazhab Syiah berarak sepanjang 130 kilometer untuk memberi bai'ah kepada Hujjarul Islam Zakzaki di Kota Kanu dan Zaraya dan liputan ini disiarkan dalam BBC dan CNN."

"Oleh kerana ramai penduduk Amerika dan Barat menerima Islam, maka Israel dan Amerika pada mulanya mengasaskan kumpulan Takfiri seperti al-Qaeda, Bokoharam dan ISIS. Mereka ingin sampaikan kepada penduduk Amerika dan Barat bahawa ISIS dan Bokoharam dan yang sepertinya mewakili Islam."

Falah Zarumi menambah, "Usaha Barat dan Amerika ini telah mengalami kegagalan kerana majoriti penduduk Afrika adalah Muslim. Langkah mereka selanjutnya ialah menjajah Afrika. Mereka datang atas alasan bahaya Bokoharam namun mereka tidak akan bekerja untuk menyelesaikan Bokoharam, malah mereka akan lakukan perkara yang sama seperti di Afghanistan."

Tegas beliau lagi, "Jenayah yang dilakukan oleh ISIS di Syria dan Iraq tidak pernah dilakukan oleh tentera Mogul. Mereka melakukan jenayah ini atas nama Islam. Kepala ISIS ialah Abu Bakar al-Baghdadi yang telah dididik oleh seorang Yahudi dan mendakwa dirinya sebagai khalifah. Gerakan Bokoharam juga terbit dari pakaian ini. Mereka adalah talibarut Amerika dan Israel sedangkan pemimpin mereka orang yang tidak berpelajaran sehingga menculik gadis untuk dijual. Padahal kegiatan ini haram menurut Ahli Sunnah."