4 Ogos 2014 - 00:34

Televisyen Iraq semalam mengumumkan kemusnahan makam Sayyidah Zainab (a.s) angkara pengganas ISIS di Barat Mosul

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Alsumariya News semalam membuat liputan tentang perkembangan terbaru di wilayah Nineve dengan melaporkan kemusnahan makam Sayyidah Zainab (a.s) setelah dibom oleh kumpulan pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Sham) yang menguasai daerah Sinjar dan Rabia setelah pengunduran militan Kurdish tanpa sebarang pertempuran.

Negara Iraq dilanda krisis keselamatan sejak 10 Jun 2014 apabila kumpulan pengganas ISIS menguasai sebahagian besar wilayah Nineveh dan Salahuddin. Sementara itu askar kerajaan sedang berusaha membasmi elemen pengganas di Anbar secara besar-besaran.