Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Rejim Al Khalifah menyekat ceramah dua ulama dari memakmurkan masjid atas tuduhan tidak mematuhi undang-undang. Sementara itu Reuter dari Manama melaporkan pihak pembangkang menuduh kerajaan menyerang mereka dengan cara tersebut.
Laporan rasmi agensi kerajaan juga melaporkan kedua-dua ulama tersebut Sayid Kamal al-Hashemi dan Sheikh Muhammad Munsi telah dihalang dari mengadakan ceramah dalam masjid di Manama.
Pembangkang utama Bahrain, parti al-Wefaq mengecam tindakan rejim tersebut dan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan sedang menyekat kebebasan berfikir.
Tambah kenyataan tersebut, tindakan kerajaan ini merupakan pendekatan sistematik untuk mencegah rakyat dari meraih hak bersuara masing-masing. Selain itu regim Al Khalifah dijangka akan melancarkan kempen kekerasan terhadap pembangkang menjelang pilihanraya yang akan diadakan pada akhir tahun ini.
Pihak pembangkang juga mengancam akan memboikot pilihanraya sekiranya kerajaan masih menyeleweng pungutan suara rakyat.