11 Ogos 2014 - 00:52
ISIS bunuh anggota kabilah Sunni

Kumpulan Takfiri ISIS bunuh sekumpulan kabilah Sunni berdekatan Deir Rouz secara besar-besaran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengganas Takfiri menyebarkan gambar-gambar ngeri pebunuhan masyarakat Ahli Sunnah Deir Ruz, Syria secara besar-besaran dalam internet.

Dalam gambar ini, 19 orang penganut Ahli Sunnah dibunuh dengan cara tembakan sementara itu beberapa orang daripada mereka disalib pada palang besi dan disembelih.

Sementara itu kerajaan Iraq memaklumkan pengganas ISIS telah membunuh sekurang-kurangnya 500 orang penduduk minoriti Yazidi di Utara negara tersebut. Sebahagian daripada mereka dilaporkan ditanam hidup-hidup.

Menteri Hak Asasi Manusia Iraq, Muhammad Shiya Sudani berkata, terdapat bukti yang menunjukkan anggota ISIS menanam hidup-hidup sejumlah besar pengikut agama Yazidi, termasuk wanita dan kanak-kanak. Pengganas ISIS juga memaksa kira-kira 300 wanita Yazidi menjadi hamba sahaya.