Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Steven Joel Sotloff, wartawan Amerika yang terbunuh di tangan pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Sham) dilaporkan sebagai ejen perisikan Israel (Mossad).
Menurut laporan ini Sotloff berbangsa Yahudi Amerika dan fasih berbahasa Arab pernah belajar di Yaman. Dia kemudiannya di pergi ke Timur Tengah dan berada beberapa bulan menetap di Israel untuk menjalani latihan Mossad di Institut Antarabangsa Membendung Pengganas.
Beberapa pakar keselamatan mengandaikan Sotloff ditugaskan mengumpul maklumat beberapa individu penting kumpulan ISIS bagi meneliti keupayaan mereka menjalankan beberapa misi Israel.
Sementara itu sebuah akhbar di England mendedahkan pengganas ISIS baru sahaja menyembelih seorang yang bernama Steven Sotloff setelah membelinya dari kumpulan pengganas lain dengan harga 50,000 Dollar.
The Independent menegaskan kebanyakan anggota militan asing telah diculik di Syria dan dijual kepada kumpulan pengganas lain seperti ISIS.
Jurucakap bagi pihak keluarga dua wartawan yang diculik sebelum ini menegaskan bahawa ISIS membeli Sotloff daripada militan di Syria demi mendapatkan beberapa maklumat penting daripadanya.
Salah seorang jurucakap keluarga Sotloff, Barrack Barfy berkata, "Inilah kali pertama kita dapat menyatakan bahawa Sotloff dijual kepada ISIS setelah memasuki Syria melalui Turki dengan bantuan pemberontak Syria yang menyokong Barrack Obama."
Katanya lagi, "Nama dia berada dalam senarai mangsa culik ISIS. Ini disebabkan kumpulan ini juga telah mewujudkan sebuah tempat untuk menyoal siasat Sotloff dan rakan-rakannya."
Barfy juga berkata, pihak Rumah Putih masih belum mengaku tragedi yang menimpa Sotloff dan penjualannya dengan harga 50 ribu Dollar.
Kebanyakan media Amerika minggu ini menyiarkan gambar Sotloff sebagai seorang wartawan dengan berpakaian ISIS dan memegang senjata api ketika bertempur dengan militan lain. Sepotong klip video yang menunjukkan Steven Joel Sotloff disembelih telah tersebar dalam internet beberapa hari lalu.
11 September 2014 - 05:26
News ID: 637035
Wartawan Amerika yang disembelih dalam sepotong video klip dilaporkan sebagai ejen perisikan Mossad.