Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Penduduk Qatif malam tadi mengadakan demonstrasi membantah hukuman yang dijatuhkan terhadap ulama terkenal Ayatullah Sheikh Nimr Baqir Nimr.
Penunjuk perasaan menegaskan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun selepas 11 kali perbicaraan itu tidak adil.
Ayatullah Nimr sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut orang ramai untuk merusuh dan menumbangkan rejim Al Saud. Mahkamah sebelum ini sudah menjatuhkan hukuman mati ke atas beliau namun terpaksa menarik balik keputusan tersebut setelah mendapat bantahan meluas daripada para ulama Syiah di seluruh dunia.
Pasukan keselamatan Saudi telah menahan ulama ini pada 8 Jun 2012 dan beliau mendapat kecederaan apabila ditembak dalam serbuan tersebut.
Sebilangan individu yang berkaitan dengan politik dan agama seperti Ayatullah al-Uzma Al-Sistani telah menyuarakan permohonan agar Ayatullah Nimr dibebaskan dan memberi amaran keras terhadap akibat buruk sebarang kecederaan yang menimpa beliau.
22 September 2014 - 19:09
News ID: 639509
Mahkamah rejim Saudi menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun terhadap Ayatullah Sheikh Nimr setelah ditahan selama 800 hari.