17 Oktober 2014 - 03:30
Kami harap dapat solat bersama anda di Masjidil Aqsa kelak

Kemenangan di Gaza tidak akan tercapai tanpa naungan Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Khamenei pagi dalam kunjungan Setiausaha Agung Jihad Islam, Ramadhan Abdullah telah menyatakan rasa gembira atas kemenangan pejuang Palestin dalam menghadapi serangan 51 hari tempoh hari sambil menegaskan bahawa ia adalah janji Allah.

"Republik Islam Iran dan rakyatnya berbangga dengan kemenangan anda dan kami harap siri kemenangan pejuang berterusan sehingga akhirnya mencapai kemenangan."

Ayatullah Khamenei mengganggap peperangan 51 hari dan perjuangan wilayah kecil Gaza yang mempunyai masyarakat serta kelengkapan serba terbatas, dalam menghadapi sebuah rejim yang kejam dan kekuatan tentera yang serba lengkap dengan fasiliti serta sokongan, merupakan sebuah masalah penting dan mengejutkan daripada Allah. Tambah beliau lagi, "Berasaskan perhitungan dan analisa biasa, rejim Zionis mampu mencapai misinya apabila menghadapi kelengkapan begini pada hari-hari pertama. Namun akhirnya ia melahirkan kelemahan untuk mencapai misinya dan tunduk kepada syarat yang dikenakan pejuang."

Pemimpin Revolusi Islam ini menceritakan tentang janji Allah untuk membantu mujahidin dan menambah, "Tidak ada lagi yang mengiringi ketakjuban masyarakat terhadap pejuang, sikap tidak putus asa terhadap pengeboman tanpa henti pihak musuh serta pembunuhan kejam lebih dari 2 ribu jiwa yang kebanyakannya para wanita serta kanak-kanak, melainkan kasih sayang dan bantuan Allah."

Tegas beilau lagi, "Realisasi janji Allah dalam perkara ini menunjukkan bahawa janji-janji lain dalam arena yang lebih besar juga akan menjadi kenyataan. Kehendak Allah ini telah tertakluk kepada masalah Palestin yang keputusannya berada di tangan anda."

Selanjutnya beliau menceritakan juga tentang betapa pentingnya berwaspada dengan komplot musuh terhadap perjuangan Palestin.

Menurut beliau lagi, tidak mustahil rejim Zionis akan menceroboh Palestin sekali lagi. Beliau berkata, "Para pejuang hendaklah meningkatkan kemajuan dalam persediaannya dan rizab kekuatan dalam juga perlu ditambah."

Berkenaan dengan strategi kedua yang perlu diterapkan dalam menjaga keselamatan pantai Barat Palestin yang diancam Israel, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menegaskan, "Peperangan dengan rejim Zionis melibatkan nasib yang mana tanggung jawab perlu disempurnakan. Pihak musuh bimbang terhadap sensitiviti wilayah pantai Barat Gaza."

Akhir sekali Ayatullah Sayid Ali Khamenei berpesan, "Walau bagaimanapun, pengawasan terhadap sebarang transformasi masih di tahap yang baik dan kami berharap Allah (s.w.t) membimbing kesejahteraan umat Islam dan Palestin di samping mematahkan komplot musuh."

Dalam pertemuan ini, Ramadhan Abdullah selaku Setiausaha Agung Jihad Islam Palestin turut menyatakan kegembiraannya terhadap kesihatan pemimpin Revolusi Islam ini dan berkata, "Semua saudara pejuang dan Jihad Islam mendoakan keselamatan saudara dalam setiap solat, kami berharap pada suatu hari nanti dapat menyaksikan solat bersama anda di Masjidil Aqsa."

Beliau turut membentangkan laporan mengenai peperangan 51 hari sambill mengucapkan tahniah kepada Sayid Ali Khemenei dan berkata, "Kemenangan ini memang terhasil di bawah naungan Republik Islam (Iran), sekiranya tidak ada bantuan-bantuan dan strategi Iran, kemungkinan perjuangan dan kemenangan Gaza tidak dapat dicapai."

"Kemenangan pejuang di Gaza hakikatnya adalah kemenangan bangsa Palestin. Meskipun kerosakan besar dialami masyarakat di dalam peperangan berat sebelah ini, namun kesabaran mereka tidak dapat digambarkan lagi," tutur beliau.

Beliau juga menegaskan betapa pentingnya penyaluran senjata ke Tebing Barat untuk menghadapi peperangan dengan Zionis sebagai topik strategik dan jalan penyelesaian yang berkesan sehingga menguatkan motivasi dan kekuatan mujahidin.

Setiausaha Agung Jihad Islam Palestin turut mengakui beberapa negara Arab pernah menabur janji manis dan berkata, "Kami tidak mengharapkan janji-janji seperti ini, kami hanya berserah kepada Allah dalam menebus kerugian fizikal akibat serangan rejim Zionis."