13 November 2014 - 03:35
Kesal Ibu dan bayi dipenjara rejim Bahrain

Nabil Rajab kesal wanita dan bayi dipenjarakan rejim Al Khalifah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengerusi Pertubuhan Hak Asasi Manusia Bahrain, Nabil Rajab mengibaratkan penahanan seorang ibu dan bayi pramatang di penjara rejim Al Khalifah sebagai tindakan memalukan semua pihak. Beliau juga turut meminta semua pihak agar memainkan peranan masing-masing agar kedua-dua insan tersebut dibebaskan segera.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan yang dianjurkan Agensi Berita al-Bahrain al-Yaum pada 11 November lalu melalui Skype. Rajab berkata, "Anda semua tidak memberikan perhatian terhadap masalah penting ini tepat pada waktunya untuk memikul tanggung jawab."

Menurut beliau lagi, Bahrain juga merupakan salah satu negara yang turut menandatangani perjanjian konvensyen hak asasi wanita dan kanak-kanak, namun rejim ini masih memenjarakan wanita dan kanak-kanak atas alasan menyertai demonstrasi. Selain itu menurut beliau Bahrain merupakan negara yang menduduki tangga teratas dalam pemenjaraan kanak-kanak dan melakukan penyiksaan menurut beberapa pertubuhan kerajaan."

Mengenai langkah-langkah menyelamatkan wanita bernata Zahra al-Sheikh yang dipenjarakan bersama bayinya itu, Rajab berkata, "Kes ini merupakan kes kanak-kanak dan wanita yang turut menjadi agenda bersama Suruhanjaya Tertinggi Hak Asasi Manusia."

Sambil meyatakan kekesalan, Rejab mendedahkan bahawa penyeksaan yang dikenakan ke atas Zahra al-Sheikh dan Nafisah al-Usfur telah mendatangkan kecederaan psikologi.

Di akhir wacana, Rajab menyimpulkan bahawa, "Hampir tidak ada tahanan di Bahrain yang tidak diseksa, atau dipisahkan dari penyeksaan." Beliau menegaskan wanita di Bahrain hanyalah bangkit menyuarakan hak-hak mereka.