Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Jannati berkata, "Masalah ini (Takfiri) 100 peratus berbaur politik yang ingin menjatuhkan maruah Islam. Ulama Kristian dan Yahudi perlu datang ke program ini, ini disebabkan Takfiri tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapapun. Kehormatan insan dicabul tanpa menghargai sedikitpun nilai kemanusiaan."
Beliau berkata demikian dalam Kongres Antarabangsa Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam yang sedang berlangsung di kota Qom hari ini. Tambah beliau lagi, "Islam di Republik Islam Iran yang telah tertegak sejak 35 tahun yang lalu sedang menonjolkan keislamannya. Kebangkitan Islam sedang terbentuk di mana-mana. Ahli politik dan kuasa angkuh global merasakan bahaya yang mana identiti mereka tergugat akibat kebangkitan Islam."
Tegas beliau lagi, "Mereka melancarkan usaha bagi menggagalkan matlamat kebangkitan Islam dan menumbangkannya di negara-negara Islam. Seluruh umat Islam mampu menghadapi mereka dengan kerja-kerja kebudayaan."
Beliau yang merupakan ahli Syura Negahban berkata, "Kita perlu melaksanakan kerja-kerja kebudayaan termasuk kegiatan kebudayaan. Tidak cukup dengan sekadar argumen logik dan dalil semata-mata. Kepala-kepala mereka tidak mampan dengan argumen dan mantik. Mereka ini tidak bersedia untuk menerima cabaran debat bersama ulama dalam sebuah kongres."
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi dan para peserta kongres, beliau berharap pesanan dalam persidangan selama dua hari ini akan sampai kepada penduduk dunia.