25 November 2014 - 06:37
Kita wajib memerangi sikap perkauman Yahudi

Husain Barakah menegaskan Zionis menjadi kuat kerana umat Islam tidak menjalankan tanggung jawab masing-masing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ulama Palestin, Husain Barakah berkata, "Sekiranya kita melaksanakan tanggung jawab kita, Zionis tidak mampu bangkit. Kita semua memerlukan alim ulama di kawasan masing-masing."

Beliau berkata demikian dalam Kongres Antarabangsa Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam yang berlangsung selama dua hari di Qom kelmarin.

Tambah beliau lagi, "Bangsa Palestin mempunyai kelamahan dalam soal kepimpinan, negara-negara lain turut menghadapi masalah yang sama. Namun Iran datang memperkasakan Islam ketika seorang individu revolusionari mampu mengangkat martabar spiritual dan rasionaliti bangsa Iran di hadapan penduduk dunia. Nabi Ibrahim juga merupakan sebuah umat. Sekiranya Islam merupakan seorang individu dan model teladan maka ia akan dapat menjadi sebuah umat"

Sambil menerangkan bahawa Muhammad (s.a.w) adalah utusan Tuhan sedangkan mereka yang bersama baginda keras terhadap orang kafir dan penyayang sesama umat, beliau berkata, "Kita harus bangkit menghadapi musuh, namun ada pula golongan yang tidak menerapkan kasih sayang sesama sendiri. Saya datang dari Palestin, malangnya terdapat pergolakan di Palestin padahal kita perlu bangkit menghadapi sikap perkauman yang diamalkan Israel."

Beliau menegaskan, "Konflik di Palestin melibatkan urusan kesucian. Bila lagi kita ingin menunjukkan sebuah Islam yang sejati kepada ummat?.

"Setiap revolusi yang tercetus di negara Islam, namun meninggalkan Palestin, maka itu adalah revolusi yang penuh cacat cela. Israel secara zahirnya adalah sawang labah-labah (lemah) dalam perang 21 hari Israel-Gaza. Israel tidak mempunyai kekuatan."

Kongres Antarabangsa Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam