28 November 2014 - 15:35
Sokongan rakyat Bahrain terhadap Sheikh Isa Qasim

Cuaca hujan tidak menghalang rakyat Bahrain keluar berdemonstrasi demi menunjukkan semangat solodariti terhadap Ayatullah Isa Qasim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Cuaca hujan dan kesejukan tidak menghalang beribu-ribu rakyat Bahrain mengadakan demonstrasi besar untuk menyatakan sokongan dan solidariti terhadap kepimpinan Ayatullah Sheikh Isa Qasim.

Demonstrasi ini diadakan setelah solat jumaat yang diimamkan ulama tersebut di Masjid Jami' Imam Ja'far al-Sodiq di wilayah al-Diraz, berhampiran Manama.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan-slogan menyokong kepimpinan beliau sambil memprotes serangan terkini pasukan rejim Al Khalifah ke atas rumah Ayatullah Isa Qasim.

Selang beberapa jam kegagalan drama pilihanraya yang dianjurkan kerajaan Bahrain, ejen-ejen Al Khalifah yang berang dengan bertindak menyerbu rumah ulama tersebut dengan ancaman sehingga menyebabkan penghuninya menjadi trauma.

Meskipun Ayatullah Isa Qasim terselamat dari serangan tersebut, ejen-ejen Al Khalifah bertindak mengambil foto kad pengenalan ahli keluarga beliau dan menggeledah seluruh isi rumah.l