Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Seorang wanita hamil berkulit hitam kehilangan penglihatan mata kiri setelah menjadi mangsa tembakan polis St. Louis, berhampiran stesyen gas, Ferguson, Missouri, Selasa lalu.
Insiden terjadi di celah-celah ketegangan serius berikutan keputusan juri yang enggan mendakwa pegawai polis berkulit putih, Darren Wilson atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berkulit hitam, Michael Brown, pada 9 Ogos lalu, di Ferguson.
Mangsa Dornella Conners berkata kepada agensi berita KMOV, beliau sedang menaiki kenderaan yang dipandu oleh teman lelakinya, De' Angelas Lee. Mereka berhenti di stesyen minyak di blok 10000 jalan Ferry beberapa kilometer dari Ferguson. Menurutnya lagi mereka berangkat pergi sebaik sahaja polis tiba.
"Mereka menyekat kami dari tepi, depan dan belakang," kata Conners.
Tambah Conners lagi, Lee cuba memandu untuk menjauhkan diri dari pihak polis sedangkan pihak keselamatan mendakwa Lee memandu ke arah mereka.
Seorang pegawai dikatakan melepaskan tembakan di sekitar kereta, memcahkan tingkap bahagian penumpang dan mencederakan Conners.
Conners dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa beliau masih sihat dan akan berusaha mendapatkan keadilan menurut peruntukan undang-undang terhadap dalang kejadian.













..............