Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Panglima angkatan gerila Kurdistan mengkritik sikap hipokrit Turki yang tidak mengambil tindakan serius dalam menangani masalah pengganas ISIS dan berkata, "Turki berada di sebalik semua drama konspirasi terhadap Kobani. Hingga kini maklumat-maklumat yang ada menunjukkan kewujudan beberapa pengkalan ISIS di negara Turki."
Beliau yang dikenali sebagai Sipan Hamu menambah, "Dari sisi lain, kerajaan Turki cuba meletakkan taktik peperangan di bawah kawalan dan pandangannya, namun dalam masalah ini ia masih belum mampu mencapai matlamatnya."
"Hingga kini mereka cuba melaksanakan polisi tersebut di Alhasaka, mereka cuba membela ISIS dengan menyeret pejuang Kurd ke dalam peperangan sengit."
30 November 2014 - 19:03
News ID: 655129
Turki dituduh sebagai dalang di sebalik drama peperangan ke atas Kobani