2 Disember 2014 - 10:52
Deligasi rakyat Palestin Eropah kunjungi Bashar Assad

Kesatuan Minoriti Palestin di Negara-negara Eropah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Deligasi anggota Kesatuan Minoriti Palestin di Negara-negara Eropah yang diketuai Dr. Radhi al-Shu'aybi telah meluangkan waktu untuk mengunjungi presiden Syria setelah beakhirnya Persidangan Perpaduan yang berlangsung di Rumah Kebudayaan dan Kesenian al-Assad.

Dalam pertemuan ini, Bashar Assad menghargai keputusan Kesatuan Minoriti Palestin yang ingin menjadikan Damsyik sebagai pusat perpaduan setelah mengamati situasi politik Syria dan serantau. Menurut beliau lagi keputusan ini menunjukkan negaranya juga memainkan peranan penting dalam menyokong Palestin.

Bashar Assad menambah, "Kejadian-kejadian yang terjadi sejak akhir-akhir ini di dunia Arab menjadi kerugian yang paling besar terhadap masalah Palestin."

Selain itu beliau turut menyatakan sokongan terhadap peranan Kesatuan Minoriri Palestin di Negara-negara Eropah dalam memberikan reaksi terhadap masalah dunia Arab dan mara bahaya politik Barat ke atas rantau Timur Tengah dan seluruh dunia amnya. Katanya lagi, Syria yakin kesatuan ini akan menjadi denyut nadi kebangkitan Palestin dan Arab.

Anggota kesatuan tersebut turut menghargai peranan Syria yang terus konsisten menyokong Palestin sejak dari zaman dahulu.

Menurut mereka lagi, kegigihan Syria dalam isu Palestin ini yang mengundang banyak bahaya ke negaranya. Kerana ini rakyat Palestin memberikan sokongan terhadap Syria manakalah kemenangan kempen politik Bashar Assad merupakan kemenangan masalah Palestin yang menjadi isu utama di dunia Arab.

Di akhir pertemuan, kesatuan ini menyatakan sokongan tanpa had mereka terhadap kerajaan Syria dan tenteranya dalam menghadapi krisis dalamannya.

...............