2 Disember 2014 - 11:25
Pasukan keselamatan rejim Al Khalifah serang rumah penduduk

Rejim Al Khalifah mengatur program membalas dendam setelah gagal mengadakan drama pilihanraya demokrasi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan keselamatan Al Khalifah bertindak menyerang rumah penduduk awam di beberapa kawasan seperti Karbabad, Barbar, Thishan dan Sitra.

Dalam serangan tidak berperi kemanusiaan ini beberapa orang penduduk seperti Husain Hamzah al-Alawiyyat dan Sayid Muntazir al-Muhafizah telah ditahan.

Serangan tanpa permit dari mahkamah ini menyebabkan beberapa pintu rumah dan perabot rosak. Menurut saksi insiden serangan terjadi ketika penduduk sedang tidur.

Pihak rejim dikatakan sedang mengatur langkah untuk menakut-nakutkan penduduk dan membalas dendam atas kegagalan drama pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu penjara rejim dilaporkan telah penuh dengan tahanan dan tidak menyediakan keperluan asas kemanusiaan.