3 Disember 2014 - 01:20
Empat askar Syria ditawan pengganas Jabha Islami

Wartawan Turki diizinkan mengambil gambar empat askar Syria yang ditawan pengganas Jabha Islami

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Jurukamera akhbar Anatolia Turki, Salih Mahmud Laila berjaya mendekati kumpulan pengganas Jabha Islami dan berkesempatan mengambil gambar askar Syria yang ditawan.

Keempat-empat askar tersebut ditawan ketika bertempur dengan Takfiri Jabha Nusra di Aleppo.

Salah satu gambar menunjukkan askar Syria telah diseksa dan mendapat layanan buruk daripada pengganas.

Hingga kini tidak dapat dipastikan bagaimana mereka dapat ditawan dan apakah maksud penyebaran gambar-gambar tersebut melalui wartawan Turki.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa kerajaan Turki telah mengirim senjata kepada pengganas dalam rangka menggulingkan presiden Bashar Assad.

Pengganas Jabha Islami merupakan salah satu kumpulan militan terbesar dalam gabungan Salafi Jihadi di Syria. Pada 22 November, kumpulan ini memaklumkan kewujudan mereka di Syria untuk menggulingkan kerajaan dan membentuk sebuah negara.

Kumpulan ini membentuk beberapa skuad seperti Batalion Tauhid yang mendominasi keganasan di Aleppo dan Utara Syria.