3 Disember 2014 - 01:25
Panglima Batalion Sayyidu Syuhada Iraq gugur syahid di Syria

Jenazah Panglima Batalion Sayyidu Syuhada (a.s) selamat disemadikan di Makam Syuhada.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Haidar Husain Abdul Karim al-Qatrani yang dikenali sebagai Saiful Mukhtar dan masyhur sebagai panglima Batalion Sayyidu Syuhada (a.s) Iraq gugur syahid di Homa, Syria.

Meskipun beliau gugur syahid, kawasan Sheikh Maskin berjaya dibebaskan dari cengkaman pengganas. Dalam operasi ini, askar Syria turut mara untuk membebaskan beberapa kawasan lain seperti Abta, Da'il, Inkhal, Basrh al-Harir, Atman, Thafsh dan Deir al-Adas di wilayah Homa.

Perarakan jenazah beliau telah diadakan di Basrah dengan kehadiran berbagai lapisan masyarakat. Jasad beliau selamat dikebumikan di Makam Syuhada Moqawama Islami.

Perarakan ini dimeriahkan lagi dengan panji-panji Batalion Sayyidu Syihada (a.s) yang berkibar di sepanjang jalan Basrah sehingga ke Makam Syuhada. Peserta perarakan turut kelihatan membawa poster Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran.

Batalion Sayyidus Syuhada tidak mempunyai nama khusus di zaman kehadiran Amerika di Iraq. Namun setelah penjajahan Amerika berakhir, pasukan ini masuk ke Iraq dan buat pertama kalinya muncul dalam beberapa operasi mempertahankan makam Sayyidah Zainab dan tempat-tempat suci Islam yang lain di Syria.

Batalion ini turut memikul tugasnya dalam membebaskan kota Armali dari kepungan ISIS selama 80 hari bersama askar Iraq.