4 Disember 2014 - 10:29
Wanita Muslim ditembak dari jarak dekat

Jaemenoh Sani ditembak dari jarak dekat ketika dalam perjalanan menuju ke pasar Tanyongmus

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Seorang wanita Muslim ditembak mati oleh dua individu tidak di kenali di Narathiwat, Selatan Thailand pagi tadi.

Dalam insiden ini, mangsa yang bernama Jaemenoh Sani ditembak dengan empat das ketika sedang menunggang motorsikal ke arat pasar Tanyongmus pada pukul 6:50 pagi.

Menurut polis, mangsa ditembak dari arah dekat dan meninggal dunia sebaik sahaja rebah ke atas jalan raya.

Hingga kini tiada butiran terperinci kejadian dan belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab.

Wilayah Selatan Thailand menjadi tidak aman setelah peristiwa Takbai, 25 Oktober 2004 di mana ratusan penduduk kampung dibunuh tanpa sebarang perbicaraan mahkamah. Sejak peristiwa berdarah tersebut, beberapa kumpulan pejuang Melayu seperti BRN, PULO dan RKK bangkit melawan penindasan kerajaan Thailand terhadap penduduk Islam.