16 Disember 2014 - 11:09
Potensi Mesir dalam pendekatan mazhab perlu dimanfaatkan

Mesir berupaya melangsungkan aktiviti pendekatan antara mazhab-mazhab Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Makarim Syirazi dalam pertemuan bersama wakil Iran dalam persidangan anti pengganas di universit al-Azhar mengingatkan, "Sekarang sudah ada peluang yang baik, namun kumpulan yang sebelum ini mengeksploitasi hubungan rapat Iran dan Mesir kini menganggapnya sebagai bahaya buat mereka."

Tambah beliau lagi, "Kita perlu memanfaatkan peluang seperti ini walaupun musuh menjalankan kegiatan mereka. Keupayaan Mesir dan negara-negara Islam yang lain dalam pendekatan (mazhab) perlu kita manfaatkan. Namun masalah ini sensitif dan golongan ekstremis perlu dicegah."

Berkata kepada Hujjatul Islam Moballeghi yang menjadi wakil Iran, beliau mencadangkan sekretariat Kongres Anti Takfiri dapan menghadirkan wakil mereka dalam hawzah.

Media perlu serius membangunkan masyarakat dalam aspek kebudayaan

Sementara itu dalam pertemuan bersama Presiden Universiti Ulum Pezeshki pada hari Selasa lalu, Ayatullah Makarim Syirazi berkata, "Media massa perlu bekerja lebih serius dalam lapangan kebudayaan demi membangunkan masyarakat masyarakat.

Kata beliau, "Media cetak dalam negara masih belum melaksanakannya secara serius, mereka harus berusaha lebih."

Sambil menerangkan betapa pentingnya program yang mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat, beliau menasihatkan, "Budaya kurangnya kelahiran anak demi kebaikan sarana hidup, keluarga dan masyarakat perlu diubah."

Selain itu, beliau turut menekankan betapa pentingnya mengadakan forum-forum berkenaan masalah kekurangan skim inisiatif bagi menggalakkan kelahiran anak dalam populasi penduduk di Qom.

Beliau yang terkenal sebagai ulama tafsir berkata, "Tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan kelahiran anak terlalu lambat, perkara ini hendaklah diatasi dengan gigih."