18 Disember 2014 - 05:38
Ramalan Erbakan tepat, Erdogan bendahara khazanah Israel

Najmuddin Erbakan pernah meramalkan Recep Tayyip Erdogan akan memberikan manfaat kepada Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Sebuah buku yang mengandungi ramalan Najmuddin Erbakan terhadap gerak geri Recep Tayyip Erdogan menjadi bahan bacaan hangat di Turki.

Buku yang tersebar luas ini menukilkan kenyataan-kenyataan pemimpin gerakab Islam terkenal Turki, Najmuddin Erbakan yang menceritakan masa depan politik negara tersebut.

Erbakan yang juga merupakan salah seorang guru Erdogan berkata, "Individu ini (Erdogan) akan menyeret bangsa Turki ke dalam kancah masalah yang besar. Dia sorang yang gila kuasa, kedudukan, jawatan, harta dan kepimpinan."

Erdogan suatu ketika dahulu keluar dari parti pimpinan Erbakan dan menubuhkan parti yang memerintah sekarang. Menurut Erbakan yang meninggal pada 27 Februari 2011, "Kita amat bimbang dengan gerak geri Erdogan. Kita merasa ragu, ini disebabkan bangsa Turki akan menghadapi masalah besar kelak."

Selain ramalan-ramalan yang diutara Erbakan di dalam buku koleksi ucapan beliau ini, pada tahun 2003 beliau juga telah memberi amaran terhadap kerajaan Turki agar jangan terseret dalam kancah pergolakan yang diwujudkan imperialis global.

Menurut Erbakan lagi, "Israel sudah mempunyai angan-angan mewujudkan sebuah negara yang dijanjikan yang disusuli dengan tindakan ke atas Syria. Hingga kini mereka masih merancang untuk mewujudkan masalah terhadap Syria. Matlamat mereka hanyalah mewujudkan negara yang dijanjikan semata-mata. Untuk ini mereka perlu mengambil langkah baru. Saya sudah sedar rancangan ini sejak bertahun-tahun lamanya dan sepanjang waktu memberikan amaran tentangnya. Semua kejadian yang terjadi di rantu ini adalah terancang dan menjadi alasan tertentu. Misi mereka ini hanya memberikan pilihan kepada kita agar menyerah atau mati. Setelah fitnah di Afghanistan dan Iraq membara, akan tiba giliran Syria. Namun ia tidak akan terhenti di situ sahaja. Bahkan setelah itu Mesir, Turki dan Arab Saudi akan terjebak dalam api ini."

Erbakan dalam tahun 2003 turut menghuraikan perang yang diatur Eropah yang akan meletus dalam wilayah Syria. Setelah itu ia akan merebak ke Turki.

Dalam sebuah persidangan beliau mendedahkan peperangan ini berpunca dari gerakan diskriminasi kaum Eropah- Zionis yang ingin mewujudkan bumi Yahudi.

Beliau juga telah lama mengecam sikap politik Erdogan terhadap negara Eropah yang memberikan manfaat kepada Israel.

Tambah beliau lagi, "Oleh kerana Erdogan suatu ketika dahulu pernah menjadi murid saya, maka dia perlu disingkirkan dari pemerintahan. Dia sudah menjadi bendahara khazanah Israel."