20 Januari 2015 - 17:26
Persiapkan kubu berlindung anda

Meskipun kata dua itu terlalu ringkas, pihak Hizbullah sebenarnya mengistiharkan perang terbuka terhadap Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berikutan serangan terhadap konvoi Hizbullah yang mengorbankan beberapa pejuang, portal berita al-Manar sebentar tadi menyiarkan pesanan kata dua Sayid Hasan Nasrullah kepada rejim Zionis supaya mempersiapkan kubu untuk berlindung.

"جهزوا ملاجئکم" atau "persiapkan kubu berlindung anda", pesanan yang serba ringkas beserta terjemahan ke bahasa Hebrew ini menunjukkan angkatan bersenjata tajaan Iran ini benar-benar mengistiharkan perang terhadap negara Israel.

Pihak Hizbullah memaklumkan secara rasmi nama-nama pejuangnya yang terkorban semalam seperti berikut:

1. Muhammad Ahmad Isa (Abu Isa), berasal dari Arabsalim kelahiran 1972, mempunyai 4 orang anak.
2. Syahid Jihad Imad Mughniyah, berasal dari Tirdaba, kelahiran 1989. Ayah beliau ialah as-Syahid Imad Mughniyah yang terkenal sebagai Haji Ridwan, menjawat komandan strategi Hizbullah dan terkorban di Syria pada 8 Februari 2008.
3. Abbas Ibrahim Hijazi (Sayid Abbas), kelahiran tahun 1979 di al-Ghaziah, meninggalkan 4 orang anak.
4. Muhammad Ali Hasan Abil Hasan (al-Kazim), kelahiran 1975 di Ain Qana.
5. Ghazi Ali Zawi (Danial), kelahiran tahun 1988, meninggalkan seorang anak.
6. Ali Hasan Ibrahim (Ihab), kelahiran tahun 1993.

Hizbullah memaklumkan sasaran sebenar Israel iaitu Ali Tabataba'i terselamat dalam serangan di Qanitra semalam.