Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Rakyat Mesir yang terkenal sebagai mencintai Ahlul Bait (a.s) telah mengadakan sambutan ulangtahun perarakan kepala Imam Husain (a.s) ke negara tersebut minggu lalu, di Kaherah.
Dengan kawalan ketat pasukan keselamatan, ribuan pencinta Ahlul Bait (a.s) dari berbagai aliran masuk ke masjid Imam Husain (a.s) dan berziarah sambil mengenang kisah bersejarah kepala cucu Rasulullah itu diletakkan di kawasan terbabit.
Pengikut mazhab Syiah yang datang dari seluruh pelusuk bumi Mesir memenuhi kompleks masjid itu termasuk medan Imam Husain (a.s).
Dalam sambutan ini, ramai aktivis politik tempatan turut berada di kawasan terbabit di mana sebahagian daripada mereka memegang gambar Abdul Fattah al-Sisi termasuk gambar-gambar bangsa Qibti yang menjadi mangsa pembunuhan ISIS.
Krisis kemanusiaan yang timbul akibat gerakan Wahabi - ISIS mendorong para penziarah berbincang tentang sokongan kepada cadangan al-Sisi bagi menyelamatkan bumi Libya yang dilanda masalah pengganas itu. Beberapa aktivis politik turut berucap dan menganggap gerakan pengganas Wahabi itu merupakan sebahagian dari bencana yang diwujudkan Zionis.
Sebahagian umat Islam berselisih berpendapat tentang kepala Imam Husain (a.s) yang mana terdapat pandangan bahawa kepala beliau telah ditanam di Syria atas arahan Umar bin Abdul Aziz.
Terdapat juga pendapat bahawa kepala beliau telah ditanam di Asqalan, Pelestin yang dijajah Israel sekarang di mana kerajaan Fatimi Mesir bertindak memindahkan kepala tersebut dari Damsyik ke Asqalani supaya tidak diancam bahaya perang Salib.
Dalam catatan sejarah yang tidak bersanad menyatakan isteri Imam Husain (a.s) yang bernama Shahrabanu melarikan diri dari perang Karbala bersama kepala Imam Husain (a.s) ke Mesir dan beliau masyhur dengan nama Ummu Ghulam di kalangan penduduk tempatan.
Sementara itu ekstremis Sunni yang bernama Ibnu Taimiyah yakin bahawa kepala Imam Husain (a.s) di tanam di Baqi'

























...............