Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Bertepatan dengan sambutan malam kelahiran Sayyidah Zainab, pengganas Takfiri mengambil kesempatan meledakkan sebuah kereta di pintu masuk makam, wilayah Zainabiyah.
Bersasakan berita ini, pengganas menjadikan pintu masuk utama ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, yang di kenali sebagai al-Mustaqbal sebagai sasaran. Bom diledak sebaik sahaja tiba giliran untuk diperiksa di pos kawalan.
Letupan ini dilaporkan terjadi pada pukul 4 petang waktu Damsyik (5:30 petang waktu Tehran). Beberapa kenderaan turut musnah dan 3 orang dilaporkan maut dalam kejadian.
Al-Mustaqbal merupakan pos kawalan tentera dan relawan rakyat yang terletak dua kilometer dari Haram Sayyidah Zainab (a.s). Biasanya penduduk awam sedang dalam perjalanan ke rumah masing-masing dari tempat kerja ketika waktu petang.
Zainabiyah sekarang ini dianggap kawasan paling aman manakala kumpulan pengganas berusaha mengambil kesempatan sempena hari penting dalam taqwim Islam untuk melancarkan serangan.


...............