10 Mei 2015 - 13:49
Al Saud hampir tersungkur dengan kehinaan

Khatib Jumaat Tehran, Ayatullah Sayid Ahmad Khatami mengutuk pembunuhan besar-besaran yang dilakukan rejim Saudi ke atas penduduk awam Yaman sambil menegaskan kemenangan akan berpihak ke atas golongan yang ditindas itu. Beliau turut menekankan bahawa rakyat Iran akan memberikan pengajaran yang hebat sekiranya Amerika berniat melakukan sesuatu yang tidak cerdik terhadap republik Islam itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Sayid Ahmad Khatami dalam khutbah Jumaat berkata, kegemilangan rejim Al Saud sudah hampir roboh tatkala melakukan jenayah kejam di Yaman bersama pengkhianat-pengkhianat yang berdiam diri di sepanjang sejarah.

Beliau berkata, "Betapa malunya kamu atas apa yang kamu lakukan ke atas Yaman sebagaimana perbuatan Zionis ke atas Gaza, " kata beliau, "Al Saud, 100 tahun sebelum ia dimajukan oleh Britain untuk penyerahan kuasa, ia telah melanjutkan pemerintahan menerusi penumpahan darah, pembunuhan dan penyamunan."

Mengulas tentang kekejaman rejim Al Saud, Khatami berkata, "Tangan rejim Saudi berlumuran dengan darah umat Islam, rejim ini adalah alat untuk perseteruan ke atas Islam, ia berada di sebalik dosa entiti Zionis di Selatan Lubnan dan peperangan yang dilancarkannya ke atas Gaza."

Berkata kepada rakyat Yaman, beliau menegaskan, "Kamu berada dalam kancah peperangan dengan Saudi. Hakikatnya kamu sedang berperang dengan Amerika Syarikat, Britain dan entiti Zionis."

Sambil mengecam permainan Majlis Keselamatan PBB yang memainkan peranan dalam menyumbangkan huru-hara di negara ini, beliau menyifatkan kedudukan pertubuhan antarabangsa ini sebagai memalukan.

Beliau mengaskan, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa ini sedang melindungi algojo sebagai ganti membela mangsa-mangsanya sebagai mana yang terjadi di Yaman. Dengan ini beliau menyeru agar sebuah gerakan baru yang mewakili seluruh umat diwujudkan bagi menggantikan rejim ini.

Ayatullah Ahmad Khatami mengkritik beberapa negara Islam dalam menyatakan pendirian terhadap Yaman, sambil menceritakan bahawa sebahagian dari negara ini cuba bergabung dalam perseteruan terhadap rakyat Yaman. Sikap negara-negara itu tidak kurang hina dina sebagaimana yang dilakukan oleh penjenayah terhadap penduduk yang tidak berdosa Yaman.

Tambah beliau lagi, "Sejarah merekodkan segala nostalgia kedudukan ini, sebagaimana itu juga ia mencatatkan pengkhianatan Al Saud, dan mereka adalah Al Suqut (Tumbang), dengan izin Allah, sebagaimana yang ditunjukkan beberapa peristiwa, antaranya ialah transformasi kepimpinan rejim ini dalam masa terdekat."

Sambil mengajak umat Islam berkerja keras bagi membela rakyat Yaman yang ditindas, beliau menegaskan kemenangan bangsa ini akan menjelma lebih singkat dari apa yang disangkakan.

Mengenai situasi di Iraq, beliau mengutuk sikap Amerika yang cuba memecahkan negara tersebut kepada tiga wilayah iaitu Kurdish, Sunni dan Syiah. Kata beliau, tindakan ini akan digagalkan oleh rakyat Iraq."

Dari sisi lain, Ayatullah Ahmad Khatami menjelaskan bahawa rakyat Iran akan memberikan pengajaran yang tidak dapat dilupakan kepada Barat sekiranya ia cuba menyerang Republik Islam ini.

Berkenaan dengan pemimpin tertingi revolusi yang menolak sebarang rundingan nuklear yang berbaur ugutan, Khatami juga turut menyeru wakil rundingan agar segera mengundurkan diri sekiranya terdapat mana-mana ugutan yang diajukan Barat.