Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah seminar penyelidikan akan dianjurkan dalam rangka mengkaji semula peranan kerajaan dan media dalam isu ekstremisme.
Seminar yang dijangka akan diadakan di Universiti Malaya itu membariskan panel pemikir, pengkaji dan ahli akademik dari Iran dan Malaysia yang aktif berkecimpung dalam arena penyelidikan mengenai perkembangan ekstremisme. Peranan kerajaan, media dan universiti dalam mencegah ideologi ekstremisme akan diperbincangkan di samping mengetengahkan tatacara penyelesaiannya.
Berdasarkan statistik, 67 % dari 18 juta populasi rakyat malaysia adalah menentang pengganas ISIS manakala 12% menyokongnya dan 21 % yang lain tidak mengambil sebarang pendirian.
Kajian tentang isu-isu politik dan sosial di Malaysia hari ini menunjukkan gelombang ekstremisme sedang tumbuh pesat. Namun media dapat bekerja memperbaiki kesedaran di kalangan rakyat.
16 Mac 2016 - 15:39
News ID: 741495
Sebuah seminar yang mengkaji peranan media dan kerajaan dalam isu terrorisme akan dilangsungkan di Universiti Malaya