24 Mac 2016 - 23:47
Lapangan Terbang Brussels ditutup hingga Ahad

Lapangan terbang di sini akan kekal ditutup kepada penumpang hingga Ahad ini, kata pengendalinya, melanjutkan penutupan itu kepada sehari lagi susulan serangan bunuh diri minggu ini oleh militan IS.

BRUSSELS: Lapangan terbang di sini akan kekal ditutup kepada penumpang hingga Ahad ini, kata pengendalinya, melanjutkan penutupan itu kepada sehari lagi susulan serangan bunuh diri minggu ini oleh militan IS.

"Pesawat penumpang masuk dan keluar dari lapangan terbang Brussels akan digantung sementara hingga Ahad, 27 Mac ini.

"Ada banyak kerosakan dan kami tidak mahu memasuki bangunan kerana siasatan masih dijalankan," kata lapangan terbang itu dalam Twitter. -AFP