15 Jun 2016 - 13:55
Rejim Al Khalifah istihar perang terhadap Syiah

Tindakan rejim Al- Khalifah membubarkan parti al-Wefaq menunjukkan kerajaan tersebut sedang memerangi pengikut mazhab Syiah, kata sekumpulan para ulama Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ulama Bahrain mengecam tindakan aggresif kerajaan rejim Al Khalifah yang menggantung aktiviti-aktiviti parti politik tempatan al-Wefaq dan membubarkan pertubuhan al-Tawiya dan al-Risala.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa, sekumpulan ulama Bahrain menganggap perkembangan terbaru ini sebagai deklarasi perang terhadap parti politik yang menjadi aspirasi rakyat, kebudayaan dan eksitensi mazhab Syiah dalam negara ini.

Pernyataan tersebut menambah, peningkatan keganasan rejim mencerminkan pendekatan tidak waras dan penindasan terhadap tuntutan hak rakyat yang sah.

Rejim juga dianggap melakukan kesilapan apabila mengira mereka dapat membasmi pergerakan popular al-Wefaq dan menangkap para pemimpinnya. Namun segala tindakan tersebut mengongkong kehendak dan wawasan rakyat.

Ulama Bahrain menyimpulkan tuntutan popular rakyat akan diteruskan kerana ia berlandaskan alasan agama dan kemanusiaan manakala tindakan rejim akan mengukuhkan keyakinan dan reformasi sosial.