26 Ogos 2016 - 18:53
Rudal Balistik Yaman hujani syarikat Aramco

Yaman serang syarikat minyak terbesar di Arab Saudi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Beberapa jam lalu, media al-Masirah melaporkan rudal balistik Yaman telah dilancarkan ke atas syarikat minyak terbesar Arab Saudi di wilayah Gizan sehingga menyebabkan kerosakan teruk, kelmarin.

Yaman sebelum ini telah melancarkan banyak serangan rudal ke atas wilayah Gizan yang menyebabkan kematian dan kecederaan ratusan anggota tentera Saudi.

Tentera Yaman yang dibantu pasukan sukarela rakyat juga telah berjaya menawan kebanyakan pengkalan dan pos kawalan tentera Arab Saudi di kawasan Najran dan Gizan.