Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Khamenei mengingatkan angkatan tentera Republik Islam Iran untuk sentiasa berada di dalam keadaan siaga memandangkan negara itu sedang menghadapi ancaman yang besar daripada para musuh.
Pemimpin tersebut menyampaikan komen di atas di dalam ucapan yang disampaikannya di Universiti Tentera Udara Syahid Sattari sempena sambutan majlis tamat pengajian bagi para kadet universiti tersebut.
"Pada hari ini, Iran menghadapi bahaya yang besar daripada para musuh dikeranakan keinginan negara terhadap Islam, kemerdekaan, nilai yang tinggi, serta keimanan terhadap pemerintahan Tuhan. Oleh kerana itu, angkatan tentera perlu memainkan peranan mereka jikalau keperluan tersebut timbul," kata pemimpin tersebut.
Ayatullah Khamenei mengatakan bahawa tenaga muda yang ampuh dan bertakwa adalah sumber kekayaan negara yang besar. Beliau juga mengingatkan hadirin akan pengorbanan besar angkatan tentera di dalam mengharungi perang Iran-Iraq yang berlanjutan untuk tempoh yang begitu lama.