1 Oktober 2016 - 06:27
Ansarullah Musnahkan Kapal Perang Emiriah Arab Bersatu

Pejuang Yaman dilaporkan telah menembak dan memusnahkan kapal milik Emiriah Arab Bersatu dengan menggunakan roket berdekatan dengan bandar pelabuhan Mokha di laut Merah, lapor stesen televisyen al-Masirah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pejuang Yaman dilaporkan telah menembak dan memusnahkan kapal milik Emiriah Arab Bersatu dengan menggunakan roket berdekatan dengan bandar pelabuhan Mokha di laut Merah, lapor stesen televisyen al-Masirah.

Menurut laporan tersebut, pejuang Pergerakan Ansarullah dan sekutunya telah menyasarkan kapal perang itu di luar pantai wilayah Ta'izz pada awal hari Sabtu.

Sumber tentera mengatakan bahawa angkatan bersenjata Yaman telah menembak beberapa roket ke arah kapal tersebut sebelum memusnahkannya.

Kapal yang dimiliki oleh UAE itu dilaporkan daripada jenis kapal lojistik berkelajuan tinggi yang mempunyai keupayaan untuk membersihkan ranjau, memantau operasi ketenteraan, serta mengangkut personel dan peralatan. Menurut al-Masirah juga, kapal tersebut sebelumnya dimiliki oleh A.S.

Pejuang Ansarullah dengan kerjasama tentera Yaman setakat ini dilaporkan telah memusnahkan beberapa kapal dan bot musuh sejak konflik ini bermula.