Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Russia telah memanggil duta Belanda yang mengaitkan Moscow di dalam insiden penembakan jatuh pesawat Penerbangan Malaysia, MH17.
Kementerian Luar Russia pada hari Isnin lepas telah memanggil duta Belanda ke negara tersebut, Renee Jones-Bos dan menjelaskan kepada beliau kenapa keputusan siasatan itu tidak boleh diterima oleh Russia sebagai sebuah laporan yang meyakinkan.
Menurut laporan Kementerian Luar Belanda, Jones-Bos telah menyeru Russia untuk bekerjasama di dalam siasatan tersebut.
Pada Julai 2014, kesemua 298 orang penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut dilaporkan terbunuh setelah ia diletupkan di ruang udara Ukraine yang pada ketika itu menyaksikan pertempuran di antara puak pemisah dan kerajaan di Kiev. Pesawat tersebut menemui nasib tersebut di dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pada minggu lepas, sebuah pasukan penyiasat yang terdiri daripada Australia, Belanda, Malaysia, dan Ukraine mendakwa bahawa mereka telah menemui "bukti kukuh" yang menunjukkan bahawa peluru berpandu BUK yang mengenai pesawat malang itu telah dilancarkan dari kawasan yang dikuasai oleh pasukan bersenjata yang tidak mengiktiraf autoriti Kiev terhadap mereka.
Menurut ketua pasukan detektif negara Belanda, Wilbert Paulissen, "Berdasarkan siasatan jenayah yang telah diselesaikan, kami mencapai sebuah kesimpulan bahawa penerbangan MH17... ditembak oleh peluru berpandu BUK jenis 9M38 yang datang dari wilayah Russia.
Russia menyangkal dakwaan yang mengaitkan mereka dengan tragedi itu. Tindakan Russia kemudian menyebabkan kementerian luar Belanda memanggil Duta Russia untuk menyampaikan aduan mereka terhadap reaksi Russia yang di anggap sebagai "tidak boleh diterima."
Wilayah Donetsk dan Lugansk yang telah menyaksikan pertempuran sengit di antara pemberontak dan tentera Ukraine semenjak Kiev melancarkan operasi ketenteraan terhadap rakyatnya sendiri yang membantah situasi politik di negara itu. Seramai 9400 orang telah dilaporkan terbunuh dan 21500 lagi cedera rentetan pertempuran-pertempuran tersebut.
Duta Belanda diseru kementerian luar Russia di atas siasatan siasatan tidak menyakinkan mereka terhadap tagedi MH17
Russia Panggil Duta Belanda Rentetan Laporan Siasatan MH17
4 Oktober 2016 - 06:35
News ID: 783190
Russia telah memanggil duta Belanda yang mengaitkan Moscow di dalam insiden penembakan jatuh pesawat Penerbangan Malaysia, MH17.