Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Russia menyalahkan A.S dan sekutunya di atas serangan yang berlaku ke atas kedutaan negara tersebut di Damsyik sambil berkata bahawa mereka (A.S dan sekutunya) berkerjasama dengan para militan dan pengganas.
Kementerian luar Russia mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa lepas yang mengesahkan serangan mortar ke atas kedutaan Russia di Damsyik pada Isnin lalu.
Salah satu daripada peluru mortar mengenai kawasan kediaman misi negara itu ke Syria. Sementara dua lagi hampir mengenai bangunan kedutaan sendiri. Russia mengumumkan bahawa tiada sebarang kecelakaan jiwa dilaporkan. Malangnya, kerosakan harta benda tidak dapat dielakkan di dalam insiden tersebut.
"Serangan ini adalah natijah daripada tindakan pihak seperti A.S dan sebahagian daripada sekutunya yang melakukan pelbagai provokasi demi meneruskan pertumpahan darah di Syria dan dalam masa yang terus-menerus bercampur-gaul dengan para militan dan extremis tanpa mengendahkan latar belakang mereka," tambah kementerian tersebut.
Kementerian yang sama juga mengatakan bahawa serangan pada hari Isnin itu dilancarkan dari kejiranan Jobar yang terletak di Damsyik. Kawasan tersebut dilaporkan sebagai dikuasai oleh kumpulan Failak al-Rahman dan Jubhat Fateh al-Syam. Kumpulan terakhir merupakan sekutu al-Qaeda di Syria yang sebelumnya dikenali sebagai Jubhat al-Nusra.
Russia juga mengecam keras serangan tersebut dan menganggapnya sebagai jenayah yang dilakukan oleh para pengganas.
Kementerian itu juga menggesa komuniti antarabangsa untuk saling bekerjasama di dalam memerangi keganasan dan menegaskan kesediaan Moscow untuk mengambil segala langkah yang perlu di dalam rangka memastikan keamanan dan keselamatan dapat dikembalikan di Syria.
Kedutaan negara tersebut juga dilaporkan pernah menjadi sasaran tembakan para militan beberapa kali sebelum peristiwa di atas.
Syria semenjak Mac 2011 telah menyaksikan perang dan keganasan yang dibawa oleh kumpulan militan yang dibiayai oleh "pemain luar" seperti Qatar, Arab Saudi, Turki dan lain-lain.
Sebahagian pihak meletakkan angka korban daripada konflik tersebut berada di dalam julat 300000 jiwa hingga 400000. Sementara itu, PBB telah berhenti mengeluarkan angka rasminya dengan alasan kesukaran melakukan pengesahan ke atas sumber-sumber yang diterimanya.
Russia di dalam masa yang lain telah melancarkan serangan udara ke atas posisi-posisi pengganas semenjak setahun lepas berasaskan permintaan Damsyik.
Russia menyalahkan A.S dan sekutunya di atas serangan yang berlaku ke atas kedutaan negara tersebut di Damsyik.
A.S Dan Sekutunya Patut Dipersalahkan Di Atas Serangan Pengganas Ke Atas Kedutaan Russia Di Syria: Moscow
5 Oktober 2016 - 07:04
News ID: 783476
Russia menyalahkan A.S dan sekutunya di atas serangan yang berlaku ke atas kedutaan negara tersebut di Damsyik sambil berkata bahawa mereka (A.S dan sekutunya) berkerjasama dengan para militan dan pengganas.