7 Oktober 2016 - 14:06
Rouhani Tiba Di Malaysia.

Presiden Rouhani berkata suasana yang muncul setelah perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia telah membuka peluang untuk Iran dan Kuala Lumpur memperluaskan hubungan bi-lateral mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Rouhani berkata suasana yang muncul setelah perjanjian nuklear dengan kuasa besar dunia telah membuka peluang untuk Iran dan Kuala Lumpur memperluaskan hubungan bi-lateral mereka.

Beliau membuat kanyataan tersebut sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat ini. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan beliau ke negara-negara Asia Tenggara.

Lawatan tersebut sebelumnya telah membawa beliau ke ibu negara Vietnam, Hanoi dan dijangkakan akan berkahir di Thailand.

Beliau juga berkata bahawa negara Malaysia sebuah negara yang penting dan maju di rantau tersebut sambil menambah bahawa Iran sentiasa mahukan hubungan yang baik dengan kerajaan dan rakyat Malaysia.

Rouhani kemudiannya disambut secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak di Istana Presiden di Putrajaya yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari Kuala Lumpur.

Ketika meninggalkan Hanoi, beliau depetik sebagai berkata bahawa misinya di Malaysia adalah untuk memperbaiki hubungan kedua negara yang terjejas semenjak beberapa tahun kebelankangan ini.