7 November 2016 - 07:48
Penduduk Aleppo Mula Pulang Ke Kediaman Mereka Yang Dimusnahkan Pengganas.

ara penduduk Aleppo pulang ke rumah mereka yang terletak di kawasan yang telah dibebaskan oleh tentera kerajaan daripada cengkaman para pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para penduduk Aleppo pulang ke rumah mereka yang terletak di kawasan yang telah dibebaskan oleh tentera kerajaan daripada cengkaman para pengganas. Aktiviti yang wujud di kawasan itu menunjukkan bahawa kehidupan secara perlahan-lahan kembali menjadi normal.

Para penduduk yang pulang juga dilaporkan tidak mangalami masalah kekurangan bahan makanan memandangkan bantuan kemanusiaan Rusia giat diagihkan di kawasan-kawasan tersebut.

"Pusat Re-konsialisasi Rusia sedang memantau situasi untuk mengetahui sebarang keperluan yang mungkin diperlukan oleh para penduduk. Musim sejuk kian hampir dan kami membawakan mereka pakaian tebal," kata wakil pusat tersebut, Danil Rychkov.

Para Militan Bom Kawan Yang Mereka Tinggalkan.

Kejiranan Beni Zeid di Aleppo sebelum ini merupakan sebuah kawasan mewah yang menempatkan pusat industri di bandar itu. Kawasan itu pernah menempatkan beberapa buah kilang tekstil yang menghasilkan fabrik, pakaian dan kasut bertaraf dunia. Akan tetapi, para militan dan pengganas telah merubah semua kilang itu menjadi 'kilang maut' yang bertujuan menghasilkan amunisi.

Lebih daripada seratus keluarga telah pulang ke kawasan Beni Zaeid. Akan tetapi para militan dilaporkan mengebom posisi yang mereka tinggalkan 

Bermula Semula.

Apabila para militan datang ke tempat ini, 70000 penduduk awam lari meninggalkan rumah dan kediaman mereka. Fatima dan suaminya tinggal di beberapa pusat pelarian sebelum akhirnya pulang ke rumah mereka setelah pihak kerajaan merampas kawasan tersebut daripada pengganas.

"Mereka curi semuanya, set TV, perabot, permaidani. Kami tidak punya sesuatupun yang tersisa melainkan dinding yang kosong. Kami harus memulakan kehidupan kami semula dari awal," keluh Fatima. Anaknya merupakan seorang anggota tentera Syria.

"Kami berterima kasih kepada Rusia di atas sokongan mereka, di atas bantuan mereka," kata Mohammed.