8 November 2016 - 16:02
100 Jasad Tanpa Kepala Ditemui Di Mosul.

Sebuah kubur yang mengandungi 100 jasad tanpa kepala telah ditemui di sebuah pusat pengajian di bandar yang terletak di selatan Mosul. Kawasan itu baru-baru ini dibebaskan oleh pihak tentera kerajaan daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kubur yang mengandungi 100 jasad tanpa kepala telah ditemui di sebuah pusat pengajian yang terletak di selatan Mosul. Kawasan itu baru-baru ini dibebaskan oleh pihak tentera kerajaan daripada cengkaman kumpulan pengganas Takfiri Daesh

Menurut seorang jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Yahya Rasool, para anggota tentera Iraq menemui kubur tersebut di Kolej Pertanian yang terletak di bandar Hammam al-Alil.

Kebanyakan daripada jasad itu dilaporkan telah mereput sekaligus menyukarkan proses pengecaman dibuat untuk menentukan sama ada para mangsa merupakan penduduk awam ataupun daripada pihak tentera.

Rasool juga berkata bahawa sebuah pasukan forensik dari Baghdad akan datang untuk menyiasat kawasan tersebut sekaligus menjalankan ujian yang perlu ke atas jasad-jasad mangsa.

Pada Jun lepas, pihak tentera Iraq juga telah menemui 400 jasad manusia di bandar Fallujah ketika melancarkan operasi membasmi elemen pengganas di bandar tersebut. Kebanyakan mangsa di dalam tragedi itu dibunuh pada tahun 2014 dan 2015 dengan tembakan di kepala.