Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin berkata bahawa negaranya melihat ke hadapan untuk memulihkan hubungan di antara Moscow dan Washington di dalam sebuah komen yang dibuat oleh beliau ke atas berita kemenangan Trump di dalam merebut jawatan ketua Rumah Putih.
"Kami banyak mendengar tentang retorik yang yang dibuat oleh Trump semasa menjadi calon Presiden A.S yang memfokuskan ke atas pemulihan hubungan di antara Rusia dan A.S," kata Putin di dalam sebuah ucapan yang dibuat di Moscow.
"Kami faham dan sedar bahawa perkara itu sukar dilaksanakan memandangkan pola kemerosotan yang wujud di dalam hubungan dua hala kedua-dua negara," tambah beliau lagi. Putin juga dengan tegas mengatakan bahawa Kremlin tidak bertanggungjawab ke atas kemerosotan tersebut.
Sebelum itu, Putin dalam sebuah mesej kepada Donald Trump menyatakan keyakinan beliau bahawa dialog di antara Moscow dan Washington yang mengambil kira pandangan setiap pihak akan memelihara kepentingan kedua-dua negara kuasa besar dunia tersebut.
Putin yakin bahawa dialog yang mengambil kira prinsip kesamaan dan berasaskan perasaan saling menghormati mampu memberikan hasil yang positif kepada rakyat kedua-dua negara dan juga kepada penduduk dunia secara umum. Beliau juga mengatakan bahawa kedua-dua pihak juga perlu melihat kedudukan pihak yang lain untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada dialog itu.
9 November 2016 - 18:12
News ID: 790924
Presiden Persekutuan Rusia, Valdimir Putin berkata bahawa negaranya melihat ke hadapan untuk memulihkan hubungan di antara Moscow dan Washington di dalam sebuah komen yang dibuat oleh beliau ke atas berita kemenangan Trump di dalam merebut jawatan ketua Rumah Putih.