15 November 2016 - 13:52
Pesawat Dari Kapal Admiral Kuznetsov Lancarkan Operasi Ke Atas Pengganas.

Menurut Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu, pesawa-pesawat pejuang daripada kapal pengangkut Admiral Kuznetsov telah memulakan operasi tempurnya di Syria pada hari Selasa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu, pesawa-pesawat pejuang daripada kapal pengangkut Admiral Kuznetsov telah memulakan operasi tempurnya di Syria pada hari Selasa.

"Pada hari ini, kami telah melancarkan sebuah operasi besar-besaran ke atas sasaran-sasaran Daesh dan al-Nusra di Idlib dan Homs, Syria," kata Shoigu di dalam mesyuarat kementerian itu dengan Presiden Rusia, Valdimir Putin.

"Kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov, telah mengambil bahagian di dalam operasi tempur buat kali pertama di dalam sejarah Tentera Laut Rusia. Pesawat-pesawat Su-33 kami telah memulakan operasi mereka daripada kapal tersebut pada hari ini. Sebelum ini, kami telah melaksanakan beberapa operasi peninjauan secara teliti ke atas semua sasaran," kata Shoigu.

Menurut menteri tersebut, sasaran utama mereka adalah depot-depot senjata dan juga kilang membuat senjata.

Beliau juga berkata bahawa kumpulan kapal-kapal perang Rusia dilindungi oleh Sistem Pertahanan Pesisir Pantai Bastion dan juga Sistem Pantsir.

Pada 8 November lepas, kumpulan kapal Rusia yang diketuai oleh kapal Admiral Kuznetsov telah melengkapkan perjalanannya ke Laut Mediterranean.