16 November 2016 - 19:40
Jepun Beri Dua Kapal Peronda Kepada Malaysia.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata pada hari Rabu berkata bahawa Tokyo akan memberikan dua buah kapal peronda kepada Kuala Lumpur.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata pada hari Rabu berkata bahawa Tokyo akan memberikan dua buah kapal peronda kepada Kuala Lumpur. Langkah itu dianggap oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang sedang melawat negara itu sebagai sebuah bantuan yang penting dalam rangka meningkatkan kestabilan di perairan Laut Cina Selatan.

Najib tiba di Jepun pada hari Selasa semalam, iaitu seminggu selepas beliau ke negara Cina dan menandatangani pembelian 4 buah kapal peronda buatan negara itu.

'Perjanjian yang dimeterai pada hari ini (pemberian dua buah kapal yang sudah ditamatkan perkhidmatan oleh Jepun kepada pihak pengawasan maritim kami) menunjukkan bahawa hubungan kedua-dua negara sudah semakin meluas," kata Najib.