Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lawatan Obama ke Jerman akan memasuki hari kedua pada Jumaat ini di mana beliau dijangkakan akan menemui para pemimpin dari UK, Perancis, Sepanyol dan Itali untuk membincangkan isu semasa berkaitan Eropah Timur dan Timur Tengah.
"Di Jerman, beliau akan... mempunyai peluang untuk bertemu dengan para pemimpin yang merupakan sekutu rapat A.S seperti United Kingdom, Perancis, Itali dan Sepanyol," umum RUmah Putih sebelum ini.
Pada Khamis lalu, Obama telah bertemu dengan Canselor Jerman, Angela Merkel yang mana RUmah Putih menggambarkan pemimpin tersebut sebagai 'rakan sekerja terapat Presiden (A.S)' sepanjang perkhidmatan 8 tahun (Obama).
Kedua-dua pemimpin itu berbincang tentang krisis di Ukraine, perubahan cuaca dan usul TTIP yang Trup sebelum ini berikrar untuk melupuskannya. Merkel menyatakan hasrat beliau supaya kedua-dua pihak meneruskan dialog pada masa yang terdekat.
Selepas mesyuarat itu, Obama berkata di dalam sebuah sidang akhbar bahawa beliau berharap penggantinya akan meneruskan kerjasama menurut cap biru yang telah dibuat oleh pentadbirannya. Beliau juga berharap bahawa Trump tidak akan membuat sebarang perjanjian bersifat 'realpolitik' dengan pihak Rusia.
18 November 2016 - 09:34
News ID: 792655
Lawatan Obama ke Jerman akan memasuki hari kedua pada Jumaat ini di mana beliau dijangkakan akan menemui para pemimpin dari UK, Perancis, Sepanyol dan Itali untuk membincangkan isu semasa berkaitan Eropah Timur dan Timur Tengah.